Home Official Registration

Login

Online Members

Upcoming Events

PDF Print

KEAHLIAN BIASA

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki atau perempuan yang berumur 18 tahun ke atas yang memiliki Perodua Kembara berserta dengan lesen memandu yang sah.
  • Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli biasa hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab. Setiausaha akan dikehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan dengan secepat mungkin. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.
  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej Univeriti tidak boleh menjadi Ahli Biasa Kelab ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Censelor Universiti yang berkenaan.

 

KEAHLIAN BERSEKUTU

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki atau perempuan yang berumur 18 tahun ke atas yang TIDAK memiliki Perodua Kembara.
  • Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli bersekutu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab. Setiausaha akan dikehendaki mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan dengan secepat mungkin. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  • Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Kelab dan berhaklah ia sebagai ahli.
  • Seorang pelajar Universiti atau Kolej Univeriti tidak boleh menjadi Ahli Bersekutu Kelab ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Censelor Universiti yang berkenaan.

 

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

  • Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
  • Bayaran masuk RM 50 - Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja.
  • Bayaran tahunan RM 30 - Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja.
  • Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum akhir bulan Januari tiap-tiap tahun.
  • Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih dari satu tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
  • Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Kelab dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
  • Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
  • Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.


Maklumat lengkap undang-undang akan disertakan bersama resit keahlian.

 

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN?

  • Pembayaran boleh dilakukan selepas melengkapkan borang keahlian rasmi di http://www.kembara.net/regform-my.php
  • Pembayaran boleh dibuat dengan cara:
    • Deposit Wang tunai di kaunter atau mesin deposit Maybank
    • Pindahan Wang dalam talian ke akaun Maybank
    • Cek ditulis kepada "Kelab Automotif Kembara Malaysia"
  • Butiran akaun Kelab Automotif Kembara Malaysia:
    • Nama Akaun : Kelab Automotif Kembara Malaysia
    • Nama Bank : Maybank Berhad
    • Cawangan bank : Wisma Sime Darby, Kuala Lumpur
    • No. Akaun : 5642 9410 7880
  • Sila “scan” resit deposit wang tunai/ "print screen" resit pindahan wang dalam talian dan emailkan ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  • Sila email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau telefon coqkodok (014-7160820) / ADH123 (016-2872221) / Cikun (012-3010553) untuk pertanyaan lanjut.

 



 
Copyright © 2010 Kembara.net. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.